INTIMACY



SAFFUAN ( VOCCAHOLIX )

Picture
Assalamualaikum...Saya Saffuan Samsudin memainkan peranan sebagai penyumbang suara berunsur dakwah berkonsepkan rock. Harapan saya agar semua pendengar dan peminat dapat merasai dan memahami mesej dari kami untuk dijadikan panduan,iktibar dan pedoman dalam hidup sebelum menempuhi hari penting yang tidak bisa dijangka.


memandangkan iklim dan jisim para hamba sentiasa berubah mengikut peredaran zaman, saya rasa sememangnya bagus jika kita dapat berdakwah melalui laguan ini kerana peratusan hamba allah yang hidup di muka bumi ini kebanyakan lebih ramai ke pesta ria berbanding menghadiri majlis2 ilmu yang sememangnya bermanfaat. Dengan ini serba sedikit membolehkan kita sama membantu untuk bermuasabah diri serta kepada hamba2  allah yang lainnya..

SHA'ARIE ( GUITARISTAR )

Picture
Assalamualaikum...salam 1 Malaysia saya ucapkan kepada semua penggemar2, penggiat2 seni rock tanah air.Band Intimacy ditubuhkan bukan bertujuan untuk kepentingan2 individu untuk mengaut keuntungan tapi adalah cara perlaksanaan untuk menyeru kepada orang ramai supaya beringat dan memuhasabah diri.Lirik2 yang kami ketengahkan adalah berunsurkan ketuhanan, hak asasi, pengalaman hidup, kebebasan, isu sosial dan sebagainya.


ERY ( DRUMMERSWASTAR / BACK-UP VOXIAL )

Picture
ASSALAMUALAIKUM...saya ery merangkap pemain drumm.. memandangkan dunia kita semakin hebat dengan pelbagai citarasa muzika, saya sudah tiba masanya untuk saya berkecimpung kembali ke arena ini setelah sekian lama menyendiri..


Rock ala dakwah ni sebenarnya untuk kita berkomunikasi dengan hamba-hamba lain agar mereka lebih cepat sedar dari arus deras pendosa.. rock merupakan santapan kegemaran anak muda dan adakalanya orang tua juga meminatinya. Kelainan dakwah menerusi muzik merupakan satu gempa terhebat. Ini sedikit sebanyak kita dapat melakukan dakwah secara laguan selain dari ceramah atau kursus.


Harapan saya agar anda semua terus menyokong usaha kami demi kebaikan bersama berdasarkan mesej-mesej yang dinyanyikan..amin..

ROY ( BASSISTRANGER )

Picture
Assalamualaikum pada semua yang mungkin masih baru @ telah mengenali band ini, saya roy memainkan peranan sebagai bassist untuk band ini berharap agar anda semua sentiasa medoakankan kami agar tega di persada seni ini dan berharap agar anda semua akan sentiasa menyokong perjalanan kami sehingga akhirnya. Tanpa anda semua siapalah kami disini...amin..