INTIMACY



INTIMACY




INTIMACY merupakan sebuah kumpulan rock hasil gabungan 5 rocker muda yang dulunya terpinggir dari dunia asalnya.Kehidupan seharian penuh dengan pancaroba sehinggakan timbul satu perasaan untuk seseorang menyantap irama rock Ala-Ketuhanan. Sebegitu juga dengan kumpulan rock ini dimana jiwa mati seorang pujangga bernafas kembali apabila telah sekian lama menyepi. Saffuan (Vox) merupakan bekas anggota CHROMES,VISTA BAND dan PROJEK…S, telah mempersidangkan agenda untuk kembali semula kedunia muzika kepada Shaarie (Guitaristar) dan Ery (Drummer swasta) yang merupakan bekas anggota HIGH DISPENSER.. Hampir 3 minggu berselangan kumpulan rock ini mengalami masalah tiada pemain bass. Namun sebegitu ia bukan satu halangan untuk meneruskan perjalanan ini. Sementara menanti kemunculan ahli baru, Saffuan memikul tanggungjawab untuk menyanyi sambil menggetel nadi hiburan (Bass-line). Benar kata orang dulu kala, Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian, dimana tidak lama kemudian Roy (Bassistranger) merupakan bekas anggota kumpulan rock THE GREMLIN dan Fiq ( Guitarist INOLOGI ) telah menyertai INTIMACY. INTIMACY memperjuangkan konsep ALTERNATIVE ROCK & PROGRESIF METAL berunsur ketuhanan, kehidupan, peperangan, pecintaan dan lain-lain. Dalam tempoh yang lebih pantas INTIMACY telah mencipta lebih 10 buah lagu. Keakraban dalam jalan yang sehaluan INTIMACY telah menemui corak dan gaya mereka sendiri untuk meneruskan perjuangan berunsur dakwah ini. Kepada anda yang ingin mengenali INTIMACY dengan lebih erat lagi sila lawati INTIMACY di WWW.INTIMACYSITE.WEEBLY.COM dan pada anda yang ingin berceloteh bersama INTIMACY sila klik "like" intimacy page in your FB untuk menjadi friends family. Sekian sahaja dari editory “INTIMACY” Melt-imedia.

\\\..ASSALAMUALAIKUM..///